Saturday 28 January 2017

Konvoi Merdeka ARC Langkawi bersama Kelab-Kelab Kereta di Langkawi.

Tarikh : 30 / 8 / 2016

Konvoi di anjurkan oleh DACS kawasan langkawi untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan. Acara ini dianjurkan julung-julung kali oleh ARC Langkawi ( Alternative Riding Club Langkawi). Acara ini dimulakan peserta berkumpul di padang matsirat dan diakhiri di Dataran Pekan Rabu. Konvoi Bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 12.30 tengah malam. Semasa sampai di Dataran Pekan Rabu, Langkawi Peserta dari Kelab Automotif Langkawi menyusun kereta masing-masing dan selepas dari acara menyusun kenderaan. Ucapan dari Ketua Pemuda Pas Kawasan Langkawi, Ucapan dari Ketua DACS Langkawi merangkap Pengerusi ARC Langkawi, dan Ucapan dari wakil Kelab - Kelab Automotif dan Sebelum Majlis Bersurai ahli-ahli ARC Langkawi berkumpul bagi bersuai kenal antara ahli dan sedikit Tazkirah yang disampaikan oleh wakil Pemuda Pas Kawasan Langkawi.

Berikut antara gambar-gambar diambil pada masa itu :